Iman

{ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فَهُمۡ فِي رَوۡضَةٖ يُحۡبَرُونَ } [Surah Ar-Rûm: 15] Abdullah Muhammad Basmeih: Adapun kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan ditempatkan di taman Syurga dalam keadaan bersuka ria.

{ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَكَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا وَلِقَآيِٕ ٱلۡأٓخِرَةِ فَأُوْلَٰٓئِكَ فِي ٱلۡعَذَابِ مُحۡضَرُونَ }
[Surah Ar-Rûm: 16]

Abdullah Muhammad Basmeih:
Dan sebaliknya kumpulan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran) serta mendustakan pertemuan hari akhirat, maka mereka akan tetap berada dalam azab seksa selama-lamanya.

Sombong

_*🌺”Tergelincir dari Pintu Syurga.”*_

“`✍Jangan menyangka apabila kita sudah melakukan semua jalan menuju syurga,syaitan hanya akan berdiam diri.Namun,ia pasti berusaha memesongkan langkah kita dari jalan2 syurga.
✍Pelbagai teknik dan cara dilakukan syaitan,jika tidak berjaya dengan cara kasar,maka ia akan melakukannya dengan cara lembut.
✍Salah satu cara syaitan adalah dengan membisikkan kepuasan dalam diri manusia,iaitu perasaan diri telah suci dan cukup dalam ibadahnya.Lalu seseorang barasa sudah layak menjadi ahli syurga yang satu²nya dimuka bumi ini. Perasaan seperti ini disebut #ujub dan ia dapat menghapuskan amal soleh kita.
✍Para solihin tidak mudah tertipu dengannya.Hanya orang jahil sering tertipu dengannya.
✍Seseorang berkata kepada al ‘Ala’ bin Ziyad;
“Semalam aku bermimpi seolah² sedang melihatmu didalan syurga.”

✍Al ‘Ala’ menjawab;
“Celaka engkau,tidakkah syaitan menemui orang lain untuk ditipu selain dirimu dan diriku.”

✍Justeru,tawaduk mesti selalu berada didalam hati.Jangan² sesekali berasa diri sendiri sudah baik dan suci,lalu mendorong kita menghukum orang lain mengikut kemahuan kita.Tawaduk dan merendah diri merupakan sifat utama bagi ahli syurga.Orang yang angkuh dan sombong tidak akan masuk syurga walaupun amalannya sebesar atau setinggi gunung.

✍Rasulullah saw bersabda,
maksudnya;
“Tidak akan masuk syurga bagi orang yang terdapat padanya sebesar zarah (biji sawi) kesombong.”
(riwayat Muslim)

Wallahu a’lam.“`

🌴✍🌴✍🌴✍🌴✍🌴
*+++++++++++++++++++++++++*
_*#pasirGUDANG 😎*_